Friday, June 13, 2008

Mula Menulis Blog

Assalamualaikum wbt.

Hari ini dalam sejarah! Ini adalah posting pertama, saban hari dunia semakin berkembang, semakin maju. Blogging menjadi fenomena baru yang sangat popular. Kita tidak perlu takut dengan perubahan demi perubahan akan tetapi perlu mempunyai prinsip dalam setiap tindakan. Kertas kerja sebagai seorang hamba Allah SWT harapnya kita sangat maklum dan ambil tahu:

"Demi Masa; Sesungguhnya manusia dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran"
Surah Al-Asr 103, 2


Antara sebab untuk menulis blog :

  1. Ini ialah blog peribadi; untuk mengutarakan pendapat dan berkongsi kepakaran.
  2. Bukan tempat untuk menjadi popular.
  3. Mula menulis bermakna catalyst untuk lebih banyak membaca, mengenali tokoh, mengetahui isu semasa dan ambil berat keadaan sekeliling.

Moga mendapat petunjuk dan dikira sebagai kebajikan. Amin.

No comments: