Rasul SAW tercinta juga berpesan sewajarnya setiap yang bera'qal, selagi akal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membagi-bahagi masanya kepada empat :
- Waktu untuk si hamba bermunajat kepada pencipta-Nya
- Waktu untuk si hamba bermuhasabah tentang dirinya
- Waktu untuk si hamba berfikir berhubung barang-barang ciptaan-Nya
- Waktu untuk si hamba memenuhi keperluannya, mencari makanan, minuman dan kediaman
Sarjana agung, cendikiawan, Al-Fadhil, Al- Imam Ghazali Rahimahullah pula membahagikan masa:
- Masa yang berlalu, seorang hamba jangan mengkeji. Biarpun dalam masa itu dia berada dalam kepayahan atau kesenangan.
- Masa akan datang, tidak seorang hamba pun tahu, apakah dia akan terus hidup atau akan mati? Tidak seorang pun tahu qada' Allah pada masa itu.
- Masa sekarang, perlu seseorang berusaha dengan sedaya upaya mengingati Ilahi kerana jika masa berikutnya tidak kunjung tiba, maka dia tidak merasa kecewa. Andaikata berpeluang hidup, dia tetap melaksanakan tugas seperti masa-masa sudah.
Beberapa rangkap syair:
Masa itu hanya dua bahagian,
Untuk perhatian semua insan,
Masa yang lepas buat peringatan,
Masa yang datang buat renungan
Jika semalam kau kesali,
Kerana menghinanya diri sendiri,
Hari ini buatlah bakti,
Agarmu orang terpuji
Usah ditangguh 'amal bakti,
Ke hari yang belum dikenal pasti,
Mungkin hari menjengah ke mari,
Kamu pula telah kembali
Di hari kau mengatur strategi,
Sebarang tuah datang mendekati,
Hari tetap berlalu pergi,
Yang pergi tak akan kembali
Untuk perhatian semua insan,
Masa yang lepas buat peringatan,
Masa yang datang buat renungan
Jika semalam kau kesali,
Kerana menghinanya diri sendiri,
Hari ini buatlah bakti,
Agarmu orang terpuji
Usah ditangguh 'amal bakti,
Ke hari yang belum dikenal pasti,
Mungkin hari menjengah ke mari,
Kamu pula telah kembali
Di hari kau mengatur strategi,
Sebarang tuah datang mendekati,
Hari tetap berlalu pergi,
Yang pergi tak akan kembali
Si salih sebelum tidur pula berdoa' Dengan nama Mu ya Allah! Saya letakkan lambung saya ini. Dan dengan namaMulah saya akan mengangkatnya nanti. Jika engkau mengambil nyawaku, maka ampunkanlah aku. Dan jika engkau panjangkan umurku, maka peliharalah sebagaimana engkau memelihara orang-orang salih.
Hargai masa, dunia ladang akhirat...
Hargai masa, dunia ladang akhirat...
No comments:
Post a Comment