Sumber; Utusan Malaysia, bertarikh 22 Julai 2008
Bijak! Mungkin itu reaksi spontan rakyat Malaysia apabila melihat langkah Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) untuk mengeluarkan kereta berkuasa elektrik. Dikatakan ianya murah dan mudah diselenggarkan. Apapun Tahniah!!
Kalau dulu dalam 10 tahun lalu, idea-idea sebegini hanya hanya dijadikan prototype tapi sekarang ini ianya memang benar-benar sebuah kereta. Pada saya, langkah ini bukanlah pemikiran luar kotak seperti yang disebutkan, nampak lebih kepada “terpaksa” disebabkan krisis minyak.
Banyak lagi boleh kita fikirkan untuk menambah baik sistem pengangkutan hari ini, cuba kita fikirkan:
Efisiensi – Kereta biasanya mempunya jisim (berat) lebih dari 1 tan, tapi hanya boleh bawa beban dalam lingkungan 400-500 kilogram. Cubalah reka kereta yang lebih kurang sama dengan berat yang boleh ditanggung. Boleh kurangkan kos.
Boleh juga gunakan kuasa air, udara, cahaya dan bunyi.
Hentikan pengeluaran kereta yang hanya boleh membawa 5 penumpang.
Tingkatkan kualiti kenderaan awam, kalau di negara maju seperti Jepun dan Perancis lebih ramai memilih kenderaan awam.
Semuanya tidak mustahil, Allah SWT menciptakan manusia dengan akal yang sangat besar potensinya sebagai khalifah muka bumi ini. Golongan cerdik pandai harus memerah fikiran untuk kebaikan, bukan hanya untuk keuntungan semata-mata. Kalau kita berjaya hasilkan rekaan yang memberi manfaat ianya adalah amal jariah yang cukup besar. Wallahua’lam.
2 comments:
pd pndgn saye..setelah membaca sebhgian dr artikel ini..sy terpikir dan bley kata teringt tntg pulangan dr hsil penjualan mnyk kepada negara..kite mesti selalu terdengar tntg pulangn jualan mnyk kepada negara..berjuta2 ringgit..malah berbillion ringgit..jd bygkan klu industri automotif digantikan ngn kereta berkuasakan elektrik..apa akan jd pd industri minyak kita..mampukah proton memberi pulangan yg sama kepada negara kita seperti pulangan yg dpt dr hsil minyak kita.. sudah pastinya.. hrge mnyk dunia nek.. kerajaan trus menaikkan harge myk d malaysia dgn kadar yg drastik.. inikan harge kereta.. sebenarnye ini cuma pandangan saya shja.. mntk maaf jika pandangan ini menyinggung mane2 pihak.. sekian..
Mungkin sbb ianya perlukan pelaburan yang besar.
secara adat, memang orang susah nak berubah jika sudah terbiasa dengan apa yang ada.
Tiada masalah klu PETRONAS nak melabur dalam bidang mcm ni, sbb dalam masa 100 tahun mungkin gas asli dan minyak akan habis ataupun sangat kurang, saya yakin sekarang ni pun PETRONAS akan cuba masuk dalam industri baru..
Post a Comment