Monday, March 16, 2009

Madihah; Kejayaan, Mehnah, Usaha dan Akhlak

Sebenarnya kisah kejayaan seperti ini bukan jarang-jarang kita dengar, memang selalu berlaku. Nik Nur Madihah bukan seperti kebiasaan pelajar cemerlang SPM sebelum ini. Kebanyakannya pelajar cemerlang SPM sebelum ini datang daripada keluarga yang senang dan bijak pandai.

Kejayaan
Beliau berjaya menjadi pelajar tebaik SPM 2008 dengan memperoleh 19 1A dan 1 2A. Semasa di tingkatan 4 beliau mengambil 24 subjek, 12 daripadanya subjek agama untuk menduduki Sijil Menengah Ugama (SMU).

Mehnah
Lahir daripada keluarga nelayan pantai timur, pendapatan keluarga sekitar RM 500 hingga RM 700 sebulan. Belanja harian persekolahan tidak sampai RM 1 kerana tambang bas pun RM 4 sehari, keluarganya tidak mampu membelikan buku yang dihajatinya dan juga menyertai mana-mana kelas tuisyen. Rumah beliau dalam keadaan serba daif yang disewa RM 90 sebulan itupun tertunggak. Tiada tajaan biasiswa hanya batuan RM 200 sebulan melalui guru-guru.

Usaha
Hobinya membaca, waktu senggang tidak lepas daripada membaca. Walaupun ibu dan ayahnya tidak pernah menyuruhnya membaca hanya yang ada beliau disuruh berhenti membaca kerana sudah masuk waktu maghrib.

Sewaktu di tingkatan 5 beliau menambah subjek peperiksaan SPM, 8 daripada keseluruhan subjek tidak diajar di kelas, beliau hanya belajar di kelas tambahan hujung minggu dan subjek sastera dipelajari sendiri. Teknik belajar yang paling penting kata beliau adalah tumpuan dalam kelas kerana beliau tiada jadual belajar yang tetap.

Akhlak
Kerana kesempitan hidup, beliau terpaksa mengehadkan belanja harian. Sudah menjadi amalan kebiasaannya sejak umur 12 tahun lagi berpuasa pada hari isnin dan khamis. Perwatakannya sederhana, menghormati orang tua dan guru. Bertudung labuh.

Beliau bercita cita untuk menjadi ahli fizik kerana pada beliau tidak ramai orang melayu yang menceburi bidang ini.

Tahniah Madihah!
Bukan mudah memperolehi keputusan sebegitu baik. Terbukti beliau dapat mengusai subjek agama dan subjek sains dengan baik. Walaubagaimanapun, bukanlah pelik sangat jika seorang pelajar itu boleh dapat bilangan A1 walaupun lebih daripada beliau, tapi kisah Madihah ini ada banyak pengajaran yang jauh lebih bermakna daripada keputusan SPM.

Dalam diri manusia terdapat tiga elemen yang paling mustahak untuk dididik, iaitu elemen akal, ruh dan hati. Akal perlu diisi dengan ilmu yang bermanfaat sesuai pada setiap zaman, ruh dan hati pula perlu pengisian jiwa seperi qiamlail, berpuasa, berakhlak, menutup aurat dan pelajaran tentang ilmu Al-Quran dan akhirat paling perlu diutamakan.

Barulah seseorang manusia itu, manusia yang hidup!

Madihah sepatutnya bersyukur, jalur kehidupan yang Allah SWT tentukan pada beliau cukup bermakna, dengan kesusahan beliau menjadi kuat untuk berjaya.

Madihah seorang muslimah, kisahnya mungkin menjadi sejarah, penuh ibrah. Tiada maksud tersirat tentang muslimah ini, ehem..

Tahniah pada institusi aliran agama, tahniah Madihah!

Baca Juga:

  1. Mencari Permata Dicelah Pepasir
  2. A Forgotten People; Rohingya Muslims
  3. Tahniah Nik Madihah; Awasi Dunia Barumu

6 comments:

Anonymous said...

hartA bkn penetu segalanye...tahniah madihah!!

Zulfadhli Idris said...

dunia ladang akhirat, dunia penting utk bekalan akhirat..jangan abaikan salah satunya..

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Aku sgt2 kagum dgn adik Madihah...actually aku ada cerita nk disampaikan.aku harap ruang komen ni ckup utk aku luahkn segala2nya... nama aku, farid..hehe..mmber lama zulfadhli..skrg aku intern di Austria...aku nk ceritakan sedikit pengalaman aku di eropah..ramai org igt eropah adlah negara hiburan..negara barat yg melampau2...aku dah berada di sni dah 3 bln... aku nk ceritakn sedikit sbyk budaya Austria yg pada aku mereka mngamalkn apa yg diajar islam... dan kemudian, aku akn ceritakn pengalaman aku di London plk. aku tggal di Wels, mmg typical Austrian lah,dkt sni mcm Terengganu klantan pon ade..kedai, shppng complex, premis dttup jam 6ptg..org di sni terlalu peramah, klw selisih mesti ada teguran plg kurg pon good day,org sni sgt mngamalkn kbersihan, akhlak baik..kecuali bab2 haram lah, mcm arak babi tu biasalah..dorg non-muslim..

hari ahad, hr kbesaran dorg, mmg dorg hormati sgt2..hari ahad smua lumpuh, shppng cmplex, kedai2, premis2, restoran, smuanya ttup..dan hari ahad hr ke gereja, xpun luangkn masa dgn family..berlainan dgn hari jumaat di Mlaysia..yg mana mlm jmaat mlm ke ipoh..KL..aku terasa tersentuh, kkdg sedih..aku tgk budaya d mlaysia trlalu teruk klw dbandingkn..dkt sni, klw aku ke shppng cmplex ke mne2 ke..susah nk jmpa remaja2 yg peleseran...mat punk ke, hiphop ke apatah lg mat rempit..waktu mlm mmg sunyi..aku prnah ke bndar..blngn disco xdalah sebnyk di KL, klw ade pon..org2 sni hnya dtg utk mnum je.klw bab bljar, mmg dorg sgguh2..kkdg aku terpkir..malunya aku dgn bngsa ni..

baru2 ni aku ke London, alhamdulillah aku ditakdirkn tido dkt rumh yg pnuh kberkatan...aku sgt2 xsgka pelajar kita di London lbh baik dr aku di UTP lbh spesifik di negara islam.dorg ni even bkn d negara islam, dorg mngamalkn ajaran islam lbh drp apa yg aku fkirkan..bgn awl pg, sbuh jemaah ramai2..then ma’surat..then tazkirah sbuh, kekadang buatkn aku malu dgn dri sniri yg xmngamalkn islam spenuhnya even d bumi islam..kkdg berjemaah di masjid...sgt xsgka masjid di London mcm masjid d mlaysia, besar2 belaka..org dkt sni Alhamdulillah menghoramati islam...aku trigt masa aku dgn mmber2 aku g muzium di Greenwich, time tu dah masuk solat zohor, then yg trkejutnya, dorg ajak solat d tepi jln, dgn selamber nya dorg mntak kbenaran guard, dan alangkah trkejutnya guard pon bg...

sbmlmtu jg aku ad eke Parlimen London,kire trademark UK la, dpn tu diadakan demonstrasi Palestine yg aku diberitahu bermggu2....cube cite sket dkt mlaysia brp hr? Brp jam? Trsgt lah malu lg yg boikot Israel tu bkn hnya pak arab,mat indon, muslim..tp mat saleh yg xsunat.. brader Petronas yg keje skli dgn aku ade beli belah dkt London, dia shppng la dkt kdai Mark&Spencer, lps kuar kedai tu, dia trkejut org buat protes boikot Israel dpn M&S, dan staff pet tu pun kene sound dgn mat saleh ni, dia pon trkejeut dan malu, terus msuk ke M&S blk, dan refund duit die blk...dkt mlaysia trjadi x bnda ni?? kagum btul aku dgn muslim di London, islam dihormati, wlwpon hburan tersgtlah byk kt sana, tp dorg tetap pelihara islam..di surau di Malaysia hall tiap2 mggu ade program...pergerakan islam, surah, halaqah lgsung xtentang..berbeza dgn kita di UTP, kenapa pergerakan islam di UTP ditentang habes2an sedangkn yg mnentang tu bknlah yahudi ataupon nasrani,fkir2kanlah..org melayu kita sgt bngga bila berpakaian ala barat, aku tgk dorgni xdela truk mcm mlaysia..klw korg nk kate dorg ttup bdn sbb winter ke spring ke..terpulanglah.. usahlah risau jika adik Madihah belajar di London, dkt sana, alhamdulillah prtubuhan melayu muslim akn mnjaga Madihah dgn baik. Klw dtg bljar dgn niat yg baik, Alhamdulillah Allah akn lindungi....aku doakan kejyaan adik Madihah dlm pelajaran dan dipelihara bila di London atau UK..amin..

Zulfadhli Idris said...

Wasalam Wbt

Farid, hope hg sehat kat sana. Hg beruntung dapat pengalaman g Eropah Alhamdulillah, aku klo ada rezeki pun nak travel ke negara orang. Dapat cari pengalaman dalam hidup, pengalaman mcm ni mmg bererti, priceless!!

Dulu dok kat Matgwar pun masih ada lagi suasana yg penuh akhlak. Baru kita tau..rindu gak kat Cikgu Rauf yg slalu dok kejut subuh, suruh g solat jemaah, baca mathurat pagi jumaat sebelum g bli komik..

Setahu aku mmg kat UK dan Eropah depa sgt pentingkan moral, walaupun agama Nasrani tu bersifat ritual, tapi soal hormat org tua, hormat tetamu, ramah dgn org luar, suka membantu depa sgt ambil berat. Sebab tu depa boleh maju, depa x pentingkan diri sndri. Berbanding, org kita suka bersaing sesama sendiri.

Klu hg ada peluang hg pi Egypt, bumi para anbia. Member aku kta depa ni lebih bangga dgn piramid dan firaun bbding sejarah anbia, dan ulama maktabar yg lahir di sana, tgk kat Jejak Rasul tempat bersejarah jauh kt pedalaman kampung, bab akhlak kita pun dah maklum cmna perangai depa di kampus.

Apapun bersyukur jika hg dikelilingi org baik, balik ni hg conduct la usrah ngn member len, buat simple ja baca quran baca maksud, huhu.. Nnti ada masa crita la pglaman hg lgi..

Jzkk

Anonymous said...

terharu dgn cerita farid...
semoga istiqamah dalam Islam...

bila balik nnti boleh sebarkan lagi kemurnian Islm dikalangan sahabat handai.

anuar_za

Zulfadhli Idris said...

Ustaz Zaharuddin pun ada menulis ttg penuntut ilmu seperti kita boleh lawat website beliau

http://www.zaharuddin.net/content/view/815/72/