Thursday, March 12, 2009
Pakej Rangsangan 2009
Pada 13 Rabiul Awal 1430H bersamaan 10 Mac 2009 tempoh hari, Kerajaan Malaysia telah membentangkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah 60 bilion. Satu nilai yang cukup besar dengan harapan mengurangkan kesan ekonomi dunia.
Secara ringkas 4 teras yang dirancang kerajaan dijangkakan mampu beri kesan yang pantas dan efektif untuk kebanyakan sektor. Iaitu mengurangkan pengangguran, membantu golongan yang mudah terjejas, membantu sektor swasta dan membina keupayaan masa depan.
Sebagai rakyat Malaysia perkara pertama yang harus dilakukan ialah ambil tahu!
Sebelum mengetahui langkah perlu mengetahui sebab. Negara bakal mengalami kemelesetan kerana ekonomi kita yang bersifat terbuka, aktivti perdagangan dan sektor industri yang membekalkan barangan ke negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Oleh itu bila negara tersebut mengalami krisis kita turut merasai kesannya, bukan hanya Malaysia bahkan seluruh dunia.
Keadaan di Malaysia bertambah akibat kejatuhan harga komoditi, krisis makanan dan inflasi yang meningkat menambah beban rakyat kita. Rata-rata rakyat telah menerima kesannya sejak tahun 2008 lagi, bermula dengan harga barang yang meningkat.
Berbalik kepada pakej rangsangan yang dibentangkan, adakah ianya tepat mengenai sasaran faktor kejatuhan? Dari segi merawat dan motivasi, kerajaan sudah ambil tindakan wajar. Money is about confident! Bila kerajaan meyakinkan bantuan, kemudahan pinjaman bank dan subsidi barang keperluan maka rakyat akan lebih yakin berbelanja. Sepatutnya pelabur lebih yakin melabur.
Akan tetapi krisis ekonomi kali ini adalah kejatuhan satu era!
Itu pendapat kebanyakan ahli ekonomi. Sepatutnya kita optimis kali ini sepatutnya bermula era baru iaitu ekonomi berasakan Islam. Untuk masa akan datang Malaysia sepatutunya sudah mula mengurangkan keterbukaan dalam ekonomi jika mahu kejadian seumpama ini tidak berulang. Kekayaan bumi Malaysia sepatutnya kembali kepada rakyat, monopoli golongan atasan, ketirisan, rasuah, nepotisme, kroni dan tamak wajib dibuang jauh baik kepemipinan mahupun rakyat.
Malaysia negara yang Allah SWT kurniakan begitu banyak hasil bumi, tanahnya subur, cuacanya baik, kedudukannya stratergik dan hasil buminya banyak. Tidak logik jika masih ramai yang miskin.
Rakyat Malaysia perlu tahu secara terperinci tindakan kerajaan, jika mahasiswa perlu tahu di mana agensi yang memudahkan mereka mendapat pekerjaan dan khidmat latihan. Orang awam perlu tahu mereka sekarang ini mudah berurusan dengan bank, boleh buka perniagaan dengan bantuan yang tidak ketat. Pentadbir syarikat harus ambil peluang membaikpulih syarikat meraka yang mula merosot.
Pemimpin tidak boleh tersenyum gembira sewaktu membentangkan bajet, menayangkan kertas kerja di muka akhbar. Ini satu permulaan, hanya di peringkat perancangan belum pasti ianya berjaya malah dalam beberapa hari bajet dibentangkan bursa masih mengalami tekanan. Jangan menangguk di air keruh. Ini waktu bekerja keras kepada yang membangkang mahupun pengurus.
Apapun kita kembali kepada Islam, ekonomi Islam adalah bagaimana kita menguruskan bumi yang diciptakan Allah SWT. Akhlak yang mulia seperti jujur, amanah, pemurah dan berilmu itulah menjadi kunci utama kemajuan dan pembangunan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
erm.. terima kasih sbb sedikit sebanyak ulas n rumuskan ttg keadaan ekonomi semasa, nway ramai sebenarnya x ambil berat ttg ekonomi ni, apapun teruskan menulis..
salam.....satu artikel yg bernas...sekurang-kurangnya dpt memberi sedikit pengetahuan ekonomi kpd sy yg tidak mengikuti sgt perkembangan ekonomi malaysia..di saat2 krisis ni,eloklah kita blajar psl ekonomi,ilmu ekonomi ni mmg byk faedahnya cuma sedikit membosankan..harap2 zul dpt mengarang satu artikel yg menarik berkisah ttg ekonomi dunia buat pedoman semua org.
people don't read, don't changes!
Sy pun bukan mahir sgt, tapi klu dah start menulis kita akan jd org yg byk baca.. InshaAllah try the best..
Post a Comment