Thursday, March 12, 2009

Orang Melayu (1)

Saya berketurunan Melayu, ayah berketurunan Banjar kerana datuk dan nenda sebelah ayah memang orang Banjar. Bonda pula berketurunan Jawa, kerana datuk dan nenek sebelah bonda pula berketurunan Jawa. Saya bertuah kerana saya berpeluang mempelajari kedua-dua bahasa, Jawa dan Banjar begitu juga adat resam, masakan, gaya hidup dan kepintaran. Lebih beruntung saya berpeluang tinggal di Kedah selama lima tahun, kadang itu saya lebih ramah bila bercakap loghat utara ini, orang utara ada kelebihan dan kekuatan tersendiri. Apapun saya bersyukur kerana tinggal di bumi nusantara Melayu ini.

Beraku percanggahan antara ahli sejarah dan apa yang dinyatakan dalam perlembagaan tentang takrifan orang Melayu. Bagi sejarawan orang Melayu adalah mereka yang tinggal di nusantara yang indah ini. Termasuk kepualauan Indonesia, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Kepulauan Sulawesi. Pelembagaan pula menyatakan orang Melayu adalah mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam kita.

Tapi itu bukan tugas kita untuk mebahaskannya. Cukuplah kita menerima yang baik dari keduanya dan mentafsirkannya atas dasar perpaduan dan yang penting adalah atas dasar Islam.

Orang Melayu, akhlaknya sopan, beserdahana dan bijak. Yang lelaki berani, pandai bertani dan kuat bekerja, yang perempuan pula pemalu, manis bersopan santun, menghormati ibu bapa serta pandai masak. Terima kasih kepada Jamal Abdillah dan Mawi yang mempopularkan semula lagu “Gadis Melayu”, sekurang-kurangnya motivasi kepada muda-mudi yang hanyut dalam hiburan yang diluar batas akhlak Islam.

Dahulu masa kita kecil masih ada lagi, permainan gasing, guli, layang-layang, congkak, menangkap ikan dan batu seremban. Mula kelas pagi Isnin habis muka hitam sawang! Tapi sekarang semakin hilang anak muda suruh parut kelapa pun terkial-kial.

Apapun penulisan kali ini hanya permulaan untuk menulis tentang Orang Melayu, Mungkin selepas ini boleh dipanjangkan penulisan tentang orang Banjar, Jawa dan orang Utara.

5 comments:

Anonymous said...

satu artikel yg menarik tertarik kau memang da bomb...heheh...sy org kedah, mmg loghat kedah tu pekat la...kadang2 rendah diri gak bila nk ckp ngan org2 luar yg suka mengajuk, gelak sampai terguling pabila dgr sy ckp ni...arap2 saudara zul dpt mengarang satu artikel ttg isu ni...heheh..menarik tu..

Anonymous said...

haha...betul2..kdg2 bahasa ni mengehadkan perbualan kita...nk ckp luar rasa janggal lak..tipsnya ckp je pelat kedah ke kay-el ke klate ke asal org paham dh..hehehe...pendapat encik zul??

Zulfadhli Idris said...

setiap negeri atau etnik ada identiti masing2, tu yg unik tu.. tak perlu rendah diri..

Anonymous said...

bgus penulisan blog ini..semakin hari kita lihat budaya kemelayuan semakin ilang..contohnya dimasa sekarang ini budaya pakaian menunjukkan kemelayuan semakin pupus..x bnyk golongn muda mudi yg memakai pakaian yg mempamerkan identit melayu itu sendiri contohnye berbaju kurung dan berbaju melayu..klu ade pon mungkin semase function2 tertentu je..semakin hari kite lihat..golongan muda meniru budaya barat..contohnye berT-shirt dan mengenakan seluar jeans..ataw berbaju lengkap kemeja dgn kot skali..slahkah kiter berbaju melayu ataw berbaju kurung x kirela kite mnghadiri event ataw..ataw bersiar2..bhse melayu yg tulin juga susah utk kiter lihat ank2 mude mngamalkannye..bhse yg snih pon buknla bhse mlayu yg baku..PPMSI.. ramai yg membantah mgatakan bahasa melayu akn pupus mlh akan hilang jika d teruskan.. sy sbenarnye bersetuju ngn programm PPMSI kerana negara kiter bnyk bergantung kepada negara barat jd x slh malah lebey n=mnguntungkan jika pelajar2 dpt meguasai pelajaran matematik dan sain dlam bhse inggeris..klu btol x mahu hilang budaya kite(melayu) maka jgn ikot lgsung budaya barat.. contohnye seperti negara jepun..jika kiter x reti berbahasa jepun..maka kiter suasah malah x bleh berurusan ngn mereka.. akhir sekali.. saya post kan bersam peribahasa ini utk pemikiran sedra dan sume pembaca blog ini..

"kuman diseberang laut nmpk..tp gajah didepan mata x nmpak"

budaya kemelayuan semakin ilang..arap2 peribahasa ini betol..
sekia..salam

Zulfadhli Idris said...

Ttg PPSMI ada buruk baiknya, ianya bukan sekadar isu bahasa. Pada saya, bahasa kita hilang nilai istimewanya bukan kerana PPSMI, kerana budaya hiburan, media tu sendiri. Cuba tgk crita kat TV; guna bahasa rojak. Isu apa-apa borang; dalam bahasa inggeris. Beli Utusan Melayu; bahasa betul, fakta salah.

Mahir dalam banyak bahasa itukan kelebihan, bukan bermaksud menggadai bahasa kita. Cuma byk yg maju bkn dikalngan org Melayu kita, tu nampak mundur baik apa saja kita buat; filem, sukan, ekonomi termasuklah Bahasa Melayu.

Tapi bila ada yang membantah ramai juga yg mula celik mata, baru datang kebimbangan..

Wallahua'lam