Wednesday, April 1, 2009

Bahasa Banjar Berseni

Napang diulah? Itu bermaksud tengah buat apa sekarang ni, ayat tu dalam Bahasa Banjar. Saya ada buat sedikit kajian tentang Orang Banjar, dan saya juga cukup faham bahasa banjar walaupun tak dapat menuturkannya dengan baik. Di kampung, orang Jawa lebih dominan dan ramai, orang banjar tak ramai, keluarga saya salah satu daripadanya. Orang kampung lebih mengenali arwah datuk, Udin Banjar.

Orang banjar berasal dari Kalimantan di Kepulauan Borneo. Berhijrah ke sini sewaktu penjajahan Belanda. Pemerintah Belanda bersifat menekan berbanding British yang ketika itu menguasai Tanah Melayu sangat menggalakkan imigran masuk. Orang Banjar dahulunya kuat fahaman kesukuan, teguh pegangan agama dengan cara hidup sederhana, berani dan panas baran.

Ada benarnya juga, ramai ulama’ nusantara yang terkenal berasal dari keturunan Banjar seperti Tuan Hussin Kedah Al-Banjari, banyak sekolah agama pondok di sekitar Sabak Bernam dan Perak dibuka oleh orang Banjar, di Terengganu pun ada. Sekarang ni pun, ada figur agama yang terkenal di Malaysia ialah orang Banjar, kenal Mohamad Zulfadhli Mohamad Idris? Tapi bukan dia. Tentang berani dan panas baran tu, tiada komen pula..

Nenda saya beritahu, antara kebiasaan Orang Banjar ni, bila ada kenduri perkahwinan Orang Banjar akan menghadiahkan kain batik. Anak kecil didodoikan dalam buaian dalam keadaan duduk, memang betul, anak-anak kecil tidur dalam keadaan duduk. Tentang makanan panjang pula nak cerita, tapi lebih kurang Orang Melayu biasa.

Yang paling menarik adalah bahasanya

Sekali didengar nampak kasar sedikit berbanding bahasa Jawa, membahasakan diri sebagai aku. Tapi, jika siapa berpeluang mengkaji Bahasa Banjar memang penuh dengan nilai sastera, istilahnya tidaklah sebanyak orang Jawa, tapi gaya bahasanya memang tinggi dan sedap didengar.

Antara beberapa istilah Banjar:

Lawang = pintu, Imbah = Sesudah, Gulikan = Pulang, Guring = tidur, Hayam = Ayam, Satumat = Sekejap, Kastila’ = Betik, Banyu’ = Air, Ganal = Besar, Halui = Kecil, Bergawi = Bekerja, Ikam = Awak, Awak = Badan, Tulakan = Pergi, Berpandir = Bersembang

Berikut contoh percakapan orang Banjar:

Gawian manureh ini kada kaya urang babandang, Bagawi di kabunan gatah ni hawai banar kada raramian macam urang badarau. Bangun papagian, jar tulak maajar. Penselnya tu pang pisau turehan. Pisau turehan ni ada dua macam, sauting nang kaya hurup J, dipakai aci tarik, amun manureh baundur mangulilingi puhun gatah. Nang samacam lagi lurus saikit, pakainya aci suduk. Ada jua yang disambung awan kayu, amun turehan tinggi. Pakakas lain, timba awan tong hagan maisi gatah. Jangan kalumpanan mambawa sangu! Amun jauh, tulak babiskar, tong di ikat diancak balakang.

Ini adalah lebih kurang maksudnya:

Kerja menoreh ni, tak la seperti orang bersawah, kerja di kebun getah ni, sunyi sangat tak beramai-ramai seperti badarau. Pagi-pagi sudah kena bangun, macam orang mengajar sekolah. Pisau toreh itulah pensilnya. Pisau toreh ada dua jenis, satunya seperti huruf J, ditarik apabila hendak digunakan, jika menoreh berundur sekeliling pokok getah. Satu lagi lurus sedikit, pakainya macam menyuduk. Ada yang sambung dengan kayu, jika menoreh tempat tinggi. Alatan lain, baldi dengan tong besar untuk diisi getah. Jangan cuba nak bawa seorang! Jika jauh, naik basikal, tong tadi diikat di belakang.

Bahasa Jiwa Bangsa


Salah satu bukti kebesaran Allah SWT adalah menjadikan manusia daripada pelbagai jenis latar belakang dan gaya bahasa. Mana mungkin gaya bahasa itu mudah untuk dicipta, semua itu sengaja Allah SWT ciptakan lantaran mahu manusia belajar dan saling mengenali.

Bahasa terbaik adalah bahasa arab yang ditutur sendiri oleh baginda SAW.

Orang yang sayang Islam perlu belajar bahasa ‘Arab jika ada kelapangan. Begitu juga Bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Jepun dan banyak lagi, jika Nabi SAW ada sekarang ini pasti baginda mengarahkan kita belajar bahasa lain agar umat Islam tidak kebelakang. Belajar bahasa itu satu kelebihan, jika kita ingin jadi orang bijak bestari, perlu bijak memanipulasi.

Soalnya bukan tidak sayangkan bahasa kita. Bahasa Melayu kita hilang kekuatan dan kredibiliti bukan kerana pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sahaja.

Kerana umat Melayu itu sendiri!

Bila agama dijadikan adat, adat warisan tidak dipeduli. Remaja mahupun yang tua lebih selesa dengan hiburan luar batasan. Akhirnya bahasa seharian kita dicampur aduk, pakaian sopan hanya menjadi pakaian eksklusif, semakin lama semakin kurang yang ingin berbaju kurung dan baju melayu.

Paling ketara kemampuan kita dalam bidang kepimpinan, pendidikan dan ekonomi. Jika kita baik dalam bidang tersebut percayalah Bahasa Melayu akan diangkat tinggi sampai peringkat antarabangsa sekalipun. Bahasa Melayu cukup kaya dengan kosa-kata, gurindamnya menyentuh jiwa, bidalan membangkitkan semangat belia, pantun menyemai rasa perpaduan, sajak sebagai buah kata pemimpin, bahasanya yang memikat medium untuk meyampaikan ajaran Islam..

Mereka yang turun ke jalan tempoh hari. Sama ada mereka kritikal atau radikal kita tidak tahu. Isu bahasa bukan sama dengan menentang rasuah dan demokrasi tempang. Apapun penghargaan kepada mereka yang berani turun, membuka mata mereka yang sombong dan susah untuk diajak berbincang.

Saya bangga berbahasa Melayu.

Bahasa jiwa bangsa, ayuh remaja kembali kepada Islam, ayuha' kanakan..kata Orang Banjar

Baca Juga:
  1. Golongan Celaka Mahu Teruskan PPSMI
  2. Perwakilan UMNO, Sila Baca ni

16 comments:

Brother Badr said...

ana orang banjar gak..

Anonymous said...

tapi bart tak macam zul. muhasabah sheikh...

Zulfadhli Idris said...

Kualaan kita,

portal Orang Banjar Malaysia
http://mypbm.org/aspati-cms/index.php?lng=my

Isk, ana orang biasa saja..

aya hidayah said...

salam....same goes 2 me...banjarian~
tp x reti ckp punn...

Zulfadhli Idris said...

Ws Wbt, Hidayah

Ini yang membimbangkan ni, mungkin dalam dua ke tiga generasi selepas ini dah tiada yang boleh cakap bahasa banjar, sayang jika bahasa dan adat resam begini hilang.

Sama jugalah kes yang berlaku pada tulisan jawi yang makin tidak dikenali. At least belajar sampai faham, tak dapat cakap pun takpa. Ana bercadang InshaAllah untuk dibukukan dan dirakam percakapan masyarakat banjar.

Wallahua'lam

aya hidayah said...

wah....lbh krg cita2x adik ana je...die kate nak wat kamus bahasa banjar...+_+

Anonymous said...

saya juga banjar~ lama kenal zul, x pernah tahu pulak banjar jugak.kalau tahu, boleh gak besurah banjar sama2 masa H4I dulu (teganangan pulang)..

- sharifah.cp -

Anonymous said...

"Jangan kalumpanan mambawa sangu!" bermaksud " jangan lupa membawa bekal". ulun banjar bagana di batu pahat, johor.

Faiza Kaisara said...

Kulaan di ganang

المدرسة الشمائل محمدية said...

tempawas apa makna nya dlm bahasa banjar?

Unknown said...

Hai Kulaan sebarataan... Kami Dr Telok Panglima Garang Selangor✌️☺️

Unknown said...

Hai Kulaan Seberataan...☺️✌️. Kami Dr Telok Panglima Garang Selangor

Along Putera said...

Salam dari kulaan

Along Putera said...

Bulik kadanya gulik arti pulang/balik

Unknown said...

Bujurlah kaituk. Kalumpanan tu lupa..sangu tu bekal.

Hamza Siddiq said...

I can't understand the language of the blog. Can I find an English version of this blog? Surah Fatiha