Tuesday, June 16, 2009

Di Sebalik Kejernihan Wajahmu Fathi Yakan



Memandang wajahnya sahaja membuatkan jiwa tenang, menimbulkan rasa insaf betapa kerdilnya diri dan membakar semangat untuk terus bekerja untuk Islam. Itulah kelebihan pada diri seorang soleh seperti al Fadhil Ustaz Fathi Yakan Rahimahullah, maka benar janji Allah SWT kepada hambanya yang menghidupkan malam akan dizahirkan kesan sujud pada wajahnya dan diperteguhkan kata-katanya. Subhanallah.

Pada tanggal 19 Jamadil Akhir 1430H bersamaan 12 Jun 2009 yang lalu, dunia Islam telah dikejutkan dengan pemergian tokoh gerakan Islam yang besar nama dan jasanya. Ustaz Fathi Yakan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Hotel Dieu di Achrafieh, Beirut. Mungkin sekarang ini beliau berada di taman syurga menuntut janji amal kebajikannya di dunia kerana hanyalah kematian itu ibarat seekor burung yang terlepas dari sangkarnya menuju kehidupan yang benar dan kekal iaitu alam akhirat.

Sepanjang penglibatan saya dalam medan dakwah, cerita-cerita mengenai tokoh pejuang Islam yang disampaikan oleh tuan-tuan guru, ustaz-ustaz dan sahabat-sahabat selalunya tersemat kemas dalam minda. Mungkin kerana cerita-cerita berkaitan tokoh ini menarik dan luar daripada kebiasaan. Diceritakan Ustaz Fahti Yakan Rahimahullah ini seorang yang amat komited dengan bidang penulisannya, terkadang sedang beliau berbicara denga teman-temannya, tiba-tiba sahaja beliau bergegas ke sauatu tempat untuk mencatat sesuatu. Iaitu beliau mencatat ilham yang terlintas di kepalanya yang berputar pada permasaalahan keilmuan Islam, Harakah, Fikrah dan Tarbiah. Ayuh! kita kenal lebih lagi mutiara Islam abad ini dengan lebih mendalam.

Seorang Pendakwah yang Cinta ‘Ilmu

Al Fadhil Dr. Fathi Yakan Rahimahullah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Lubnan. Berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Bersama isterinya beliau menubuhkan universiti Islam swasta iaitu Al Jinan Universiti. Dalam bidang pengajian beliau pada awalnya seorang jurutera elektrik, iaitu belajar sehingga peringkat Sarjana Muda (B.A) dan Sarjana (M.A). Keterlibatannya dalam gerakan Islam dan dakwah menyebabkan beliau memandang jauh maslahah ummat lantas menyambung pelajaran dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab sehingga ke peringkat PhD.

Ustaz Fahti Yakan menghasilkan berpuluh-puluh buku dan risalah dakwah yang amat berkualiti. Penulisannya diterjemahkan dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Buku-buku dan risalah yang dihasilkan tulen dan sohih tentang gambaran agama Islam dengan ciri-ciri Rabbani dengan manhaj yang dibawa sendiri oleh baginda SAW dan para Sahabat RA.

Buku-buku dan makalah hasil tulisannya juga sebagai alat bantu mengajar gerakan Islam dan menarik minat pemuda-pemuda di peringkat pengajian tinggi untuk melibatkan diri dalam harakah dakwah. Buku Madha Ya’ni Intima’I Lil-Islam sahaja telah dicetak tidak kurang dari tujuh belas kali di Malaysia. Ini kerana beliau bukan hanya belajar akan agama Islam dan menyampaikannya di medan kuliah, tetapi beliau sendiri meleburkan diri dalam kegiatan dakwah dan merasai susah payah dan pahit getir dunia dakwah sehinggakan beliau sendiri pernah dipernjarakan dan diseterika keseluruhan badannya. Menjadikan penulisannya bukan bersifat retorika atau teori yang tidak terbukti akan keberhasilannya.

Beliau menulis tidak kurang 35 buah buku. Antara buku dan makalah tulisan beliau:
  1. Apa Ertinya Saya Menganut Islam.
  2. Golongan yang Tercicir Di Jalan Da’wah.
  3. Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah.
  4. Risalah; Bahaya Aids Haraki.
  5. Masalah Da’wah dan Penda’wah
  6. Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam.
  7. Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam Sedunia.
  8. Dunia Islam dan tipu Daya Antarabangsa Abad ke-14.
  9. Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Da’wah dan Penda’wah.
  10. Islam dan Jantina.
  11. Islam: Fikrah, Harakah dan Perubahan.
  12. Memahami Abjadiyyat Harakah Islamiyyah.
  13. Pendidikan Pencegahan Dalam Islam.
  14. Awasilah Gejala Peruntuh Jama’ah.
Penglibatan Dalam Gerakan Islam

Tanah air beliau iaitu Lubnan telah menyaksikan cabaran politik dan dakwah Islamiah yang mencabar. Walaupun berada di negara Arab namun kegiatan dakwah dalam negaranya bukanlah sesubur seperti di Syiria, Arab Saudi dan Negara Arab kebanyakan. Lubnan Negara yang mengamalkan politik Konfisionalisma iaitu perkongsiaan kekuasaan mengikut taburan pengaruh agama. Mengikut perjanjian Taif, Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah dari kalangan seorang pengikut Sunnah, dan Speaker Parlimen adalah seorang pengikut Syiah. Persengketaan berzaman antara Sunni dan Syiah serta berhadapan dengan kepelbagaian agama tentunya menuntut kematangan dalam menyampaikan dakwah.

Pada tahun 50-an, setelah bertemu dengan Dr. Mustafa As Siba’ie Rahimahullah (tokoh mujahid di Syiria) beliau bersama 50 orang saudaranya mengasaskan gerakan islam di Lubnan, gerakan ini mengikut manhaj gerakan Islam Ikhwanul Muslimin. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Islamic Action Front (IAF) iaitu parti politik di Jordan, juga merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin.

Ustaz Fathi Yakan pernah menimbulkan kontroversi berkaitan penglibatan gerakan Islam dalam pilihanranya. Pada awalnya beliau menolak kaedah pilihanraya kerana ianya tidak pernah diamalkan sewaktu zaman nabi SAW. Namun setelah sering gagal menyampaikan Islam pada golongan pemerintah, beliau akur dan menerima pilihanraya sebagai salah satu kaedah dakwah. Beliau sendiri terlibat dalam pilihanraya dalam tahun 1992 dan menjadi ahli parlimen Lubnan.

Hubungan Ustaz Fathi yakan Rahimahullah dengan gerakan Islam di Malaysia sangat baik. Beliau selalu dijemput ke Muktamar Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana bersahabat baik dengan presiden PAS sekarang iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Gerakan Islam hari ini pastinya akan terasa kehilangan besar tokoh pejuang yang telah terbukti berjaya menggerakkan pemuda Islam seluruh dunia dan membawa pendekatan dakwah yang berkesan pada zaman moden ini. Saya sendiri malu untuk menulis tentang Al Fadhil Ustaz kerana saya mengakui amatlah jauh penulisan saya ini berbanding jasa bakti sebenar beliau pada dunia Islam. Menyedari ceteknya ilmu untuk menyampaikan keilmuan yang telah beliau tinggalkan, maka saya menyeru diri saya terutamanya agar mendalami sendiri penulisannya. Saya tutup dengan serangkap penulisan beliau dalam Buku Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, di bawah tajuk ciri-ciri keimanan As Sa’ihun (Pengembara);

Alangkah perlunya para da’i mengembara dalam sejarah meneliti perjalanan hidup para salafus salih yang dapat menjelaskan kepada mereka peri pedih perjuangan yang dihadapi, kesabaran dan pengorbanan para leluhur yang dapat menjadi ikutan buat mereka

Bibiliografi:
  1. Ustaz Fathi Yakan, Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Dewan Pustaka Fajar (2005)
  2. Ustaz Fathi Yakan, bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, Dewan Pustaka Fajar (2004)
  3. Zainudin hashim & Riduan Mohamad Nor, Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden, Jundi Resources (2009)
  4. en.wikipedia.org

Sunday, May 24, 2009

Menulis “Ilmu Iman Amal”

Kira-kiranya sudah setahun jugalah blog ini wujud. Tenggelam timbul jugalah blog ni, hanya jika lapang saya kemaskini. Menulis bukanlah kelebihan saya rasanya, tetapi saya suka menulis agar ilmu tidak hilang, boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Medium blog ini pun bukan satu-satunya tempat saya menulis, selalunya saya suka berkongsi pendapat berdasarkan pembacaan dan pengamatan kemudian saya tulis dalam bentuk artikel lalu saya simpan. Tapi bila ada yang memberi galakkan untuk saya menulis, saya teruskan dan anda lihat saya kemaskini “ilmu iman amal” dengan manfaat yang panjang faedahnya inshaAllah, panjangkanlah.. amin..

Ilmu adalah asas, jika tiada asas bangunan boleh roboh dilanda angina taufan, walaupun ianya dihias cantik. Ilmu yang bermanfaat membuahkan taqwa, taqwa lebih kuat daripada angina taufan. Orang bertakwa mengenal matlamat hidup. Lihatlah mereka yang bermanfaat di muka bumi ini, mereka beribadah, hidup itu untuk ibadah. Secara tuntas “ilmu iman dan amal” mengajak saya dan pembaca memuhasabah diri dan mengenal kehidupan akhirat.

Sama ada “ilmu iman amal” ini diminati ramai atau tidak, tidaklah saya risau kerana terlebih dahulu saya telah yakin ia sesuatu yang bermanfaat dan ianya benar.

Bila menulis saya akan pastikan buku saya saya rujuk itu benar dan saya sangat gemar memerhati pendapat ulama’ yang soleh dan muktabar. Saya tidak mampu menjadi seperti mereka, saya hanya sampaikan apa yang baik daripada golongan ulama yang Allah SWT berikan hikmah kepada mereka.

Menjadi orang berilmu itu keperluan, tapi bercita-cita menjadi ulama dan ingin menjadi terbilang maka kita akan binasa! Moga ibadah kita tidak dibinasakan oleh riya’, ujub dan sum’ah. Ikhlaskan niat dalam amalan, ianya membuahkan ketenangan dan menjernihkan hati, akan ditambah hidayah.. Belum tentu kita akan bahagia dan tenang dengan ilmu yang banyak semata-mata jika tiada adab menuntut ilmu, khusyuk, ikhlas dan merendah diri, ianya dikenali akhlak yang hasan. Barulah kita bahagia dan tenang. Hakikat bahagia pula bukan bermakna anda ketawa, hakikat kecewa pula bukan kerana anda menangis. Barangkali orang gembira itu sengsara, orang menangis itu bahagia, tetapi paling pasti kebahagiaan itu akan datang jika mengenal tuhan, bersamaNya dan hanya berharap padaNya..

Di blog “ilmu iman amal” ini anda tidaklah dapat mengenal saya, saya tidak berminat untuk menceritakan hal peribadi, hanya jika perlu. Selamat membaca, agar kita menjadi orang berilmu, beriman dan beramal..

Friday, May 8, 2009

Kisah Yusuf AS Berhadapan Godaan Ibu Asuhnya

Kemudian Yusuf AS dibeli oleh keluarga pembesar Mesir, tidak dinyatakan namanya dalam Al Quran, tetapi disebutkan dalam tafsir bahawa namanya ialah Qithfir dan isterinya Zulaikha. Tatkala itu Yusuf AS belum dilantik menjadi Rasul dan berumur sekitar 10 hingga 15 tahun memandangkan dalam Al Quran disebutkan perkataan ghulam, yang merujuk kepada Yusuf AS. Ghulam ialah kalimah ‘arab yang menunjukkan kanak-kanak berumur sekitar 10 hingga15 tahun.


Qithfir dan Zulaikha berharap anak kecil yang dibelinya itu menjadi anak angkat mereka kerana mereka tidak mempunyai anak ditambah lagi baik budi dan rupa paras anak kecil tadi. Pada masa depan Yusuf AS diharapkan bakal menggantikan Qithfir sebagai pembesar di Mesir. Qithfir dan Zulaikha menjaga Yusuf AS dengan penuh kasih sayang, segala kelengkapan mewah dinikmati Yusuf AS, sesuailah dengan kedudukan keluarga angkatnya sebagai orang kenamaan negeri.

Semakin hari, Yusuf AS meningkat dewasa. Allah SWT memberi mukjizat kepada nabi-Nya ini dengan rupa paras yang tampan sehingga dibandingkan Yusuf AS dengan para malaikat. Ulama’ tafsir pula menyatakan separuh kerupawanan yang Allah SWT kurniakan pada manusia, ada pada Yusuf AS. Ada pula pendapat yang menyatakan Nabi Muhammad SAW lebih tampan paras rupanya berbanding Yusuf AS tetapi sengaja Allah SWT menutupinya agar tidak timbul fitnah.

Dalam diam Zulaikha menyimpan perasaan kepada anak angkatnya sendiri. Rasa cintanya bukan sembarangan, dalam tafsir digambarkan Yusuf AS itu dirinduinya sebanyak mana denyut jantung. Sehinggakan pada satu hari berlakulah satu kisah yang dicatat penting dalam Al Quran untuk iktibar bersama. Umur Yusuf AS ketika ini sekitar 30 hingga 40 tahun. Zulaikha yang selama ini memendam rasa merancang satu perbuatan jahat iaitu ingin menggoda Yusuf AS agar melakukan maksiat dengannya. Waktu itu pintu rumah dikunci, hanya tinggal Yusuf AS dan Zulaikha sahaja. Pada ayat 23 disebutkan, Waghollaqatil abwaaba waqaalat haitalak, dia menutup pintu-pinttu dan seraya berkata “Marilah ke sini”. Lalu Yusuf AS berkata pula qaala ma’aazallah, aku berlindung kepada Allah.

Lalu dikejarnya Yusuf AS hingga ke muka pintu, ditarik baju Yusuf AS hingga carik di bahagian belakang. Kebetulan pula Qithfir yang baru pulang ternampak kelakuan mereka berdua secara langsung. Zulaikha sebenarnya terlebih dahulu mempunyai perancangan licik untuk menyelamatkan dirinya daripada malu atas perbuatan jahatnya. Diadunya pada Qithfir bahawa Yusuf AS lah yang mahu menggodanya. Qithfir pula mengarahkan anak saudara Zulaikha untuk mengadili kecelaruan ini, jika baju Yusuf AS carik di bahagian belakang, Zulaikha lah yang bersalah, jika carik di bahagian hadapan Yusus AS lah yang bersalah. Bukti kukuh menunjukkan Zulaikha yang bersalah, tapi perempuan dilindungi oleh Qithfir kerana menjaga nama baik selaku orang kenamaan Mesir. Yusuf pula dipenjara untuk menutup ‘aib yang telah heboh diperkatakan seluruh Mesir.

Tidak cukup dengan Yusuf AS ingin dipenjara, Zulaikha mengadakan keraian, semua wanita Mesir dijemput hadir. Lalu dipanggilnya Yusuf AS keluar untuk ditatapi oleh wanita yang hadir. Maka tergamamlah wanita-wanita yang hadir, ada yang terpotong jarinya dengan pisau kerana terpukau dengan ketampanan Yusuf AS. Pada ayat 31 disebutkan, waqulna haasha lillaahi maa haaza basharaa inhaaza illaa malikunn kareem, dan berkata “Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia.”

InshaAllah akan disambung kisah Yusuf AS dalam penjara.

Mendidik Syahwat dan Dilema Keremajaan

Allah SWT menganugerahkan nafsu dan ‘aqal, keduanya itu yang membezakan antara manusia dengan haiwan dan manusia dengan malaikat. Insan itu boleh menjadi lebih hina daripada haiwan jika gagal mendidik nafsu dan hilang kewarasan ‘aqal. Insan boleh menjadi lebih mulia berbanding malaikat jika menyalurkan nafsu pada tempatnya dan menggunakan ‘aqal sebagai khalifah muka bumi.

Jiwa remaja selalunya dihantui oleh perasaan suka, kasih dan sayang kepada perempuan oleh lelaki dan sebaliknya. Inilah kasih fitrah yang Allah SWT anugerahkan agar manusia boleh berkembang biak di bumi-Nya. Nafsu syahwat ini Allah SWT tidak datangkan bersendirian tanpa kawalan. Islam memerintahkan agar berkahwin dan dikahwinkan lelaki dan perempuan agar nafsu syahwat itu tunduk pada tempatnya. Bagi yang tidak berpeluang berkahwin lagi, nafsu hanya boleh tunduk dengan elemen kesusahan, seperti berpuasa, melawat kematian, membantu anak yatim dan orang susah.

Nafsu itu akan menjadi gila sekiranya tidak memelihara pandangan mata, duduk berdua-duaan antara bukan mahram dan bergaul bebas. Saat nafsu menguasai diri, akal yang waras selalunya tewas, lalu berlakulah penzinaan, rogol, khalwat dan sumbang mahram. Antara puncanya hari ini kerana media yang menayangkan adegan lelaki dan perempuan dengan keterlaluan, aurat wanita dijadikan iklan untuk tontonan umum, budaya berduaan tanpa ikatan dikatakan sesuatu yang biasa. Inilah satu kejahilan yang membawa kepada kezaliman dan perbuatan dosa! Budaya kuning dan otak biru inilah yang menghancurkan remaja dan masa hadapan. Adakah media tidak tahu malu dan rasa berdosa di hadapan Allah SWT? Kesan yang melanda umat cukup berat, penzinaan menjadikan hilang kehormatan pada zuriat keturunan manusia, hubungan haram sebelum perkahwinan itu akhirnya menimbulkan syak dan ragu kepada pasangan, lalu hilanglah perasaan saling mempercayai, hilanglah kebahagiaan ! Bertaubatlah !

Salah satu kaedah beriman dengan Rasul, adalah dengan mempercayai bahawa Rasul adalah terdiri dari golongan manusia yang bersifat dengan naluri kemanusiaan dan tidak pula merendahkan kedudukannya sebagai Rasul. Begitu juga Yusuf AS, sebenarnya Yusuf AS sendiri berkehendakkan Zulaikha. Lihat pada ayat 24 disebutkan, walaqad hammat bihii wahamma bihaa, sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan maksiat) dengan Yusuf AS, dan Yusuf AS pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu. Adapun cerita yang mengatakan Yusuf AS tidak berkehendakkan pada Zulaikha itu ada cerita Israiliyyat, yang cuba menafikan Islam sebagai agama fitrah! Namun, hujah-hujah ketuhanan yang menjadikan Yusuf AS kuat menghalang godaan nafsu. Rasa takut balasan akhirat, persoaalan mahsyar, syurga dan neraka menjadikannya kuat, yang keluar dari lidah Yusuf AS ialah ma’aazallah atau a’uuzubillaah bila berhadapan dengan perkara mughriyat, iaitu perkara yang mendorong nafsu seperti melihat wanita ataupun lelaki.

Masalah Kekeluargaan; Pertarungan antara Nafsu dan Fitrah

Apakah sebab ibu asuhnya sendiri menaruh hati terhadap Yusuf AS? Adakah ianya salah? Bukankah ini fitrah semulajadi manusia ingin berkasih?

Pertamanya, masalah timbul berpunca daripada suaminya sendiri. Ditafsirkan suaminya itu agak lanjut usia, tidak mampu memberikan layanan terbaik kepada isterinya. Ketegasan suaminya itu boleh dipertikaikan. Lihat pada ayat 28 pada kalimah Innahuu minkaidikunna, sesungguhnya itu adalah di antara tipu daya kamu, kalimah kunna adalah untuk menunjukkan kata ramai ataupun kata kebesaran yang merujuk pada Zulaikha. Seoalah-oleh tidak apalah sangat kesalahan yang dilakukan Zulaikha ni. Sepatutnya perkataan Innahuu minkaidikii, agar terkena tepat pada batang hidung Zulaikha akan kesalahannya itu. Qithfir juga sepatutnya daripada awal sudah mengesyaki perbuatan Zulaikha yang cuba menggoda Yusuf AS sebenarnya sudah lama.


Maka dalam Islam kita diajar agar memilih pasangan yang setaraf, baik dari segi kedudukan, pendidikan sehingga paras fizikal itu sendiri. Seorang yang muda remaja tidak layak dikahwini dengan pasangan yang lanjut usia, sabda nabi SAW mafhumnya, kahwinilah orang yang bujang kerana dia lebih manja dan lebih baik dijadikan pasangan. Seorang suami perlu tegas dalam mendidik isteri, membiarkan isteri meninggalkan suruhan agama, membuka aurat, isteri bergaul bebas tanpa rasa cemburu dan bersalah adalah sikap lelaki yang dayus!

Ibu asuhnya sendiri sudah lama menyimpan perasaan terhadap Yusuf AS, ini adalah perkara fitrah ataupun bahasa kebiasaan adalah normal. Memiliki sesuatu yang cantik ialah keinginan yang sukar ditolak. Pertarungan antara nafsu dan fitrah hanya boleh disesaikan dengan ‘ilmu dan hidayah.

Kita selalu percaya bahawa kita akan mendapat keseronokan atas perkara yang belum kita miliki, lalu kebahagiaan akan sentiasa berada di luar cakupan kita. Petua paling mujarab bagi mengubati penyakit jiwa ini adalah dengan menerbitkan rasa shukur atas setiap kurnian Allah SWT. Seseorang yang telah berpasangan selalulah menerbitkan rasa shukur ada kerana ada yang sudi berkongsi hidup dengannya, ini adalah satu pemberian Allah SWT yang cukup bermakna. Maka Allah SWT pasti melimpahi kebahagiaan dengan tanpa diminta. Rasa saling menghormati dan mempercayai senjata paling kuat untuk mengemudi sesebuah keluarga.


Secantik mana seseorang itu bukanlah faktor penetu kebahagiaan dan kesetiaan, rupa yang cantik tadi selalunya mengundang fitnah. Satu hari ianya akan dimamah usia.Dalam memilih pasangan akhlak dan agama paling diutamakan. Akhlak yang baik tidak dimakan usia, sopan santun dalam keluarga terus kekal, ditambah lagi dengan pegangan agama yang menjadikan sesebuah keluarga itu berkongsi satu objektif yang sangat mustahak iaitu mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Manusia tidak dapat mengelak daripada bertemu dan bersua dengan orang lain. Jika tidak berhajat untuk berjumpa dan bersua dengan orang lain, kemungkinan orang lain akan bertemu kita. Setiap pertemuan ada tujuan untuk perkara makruf ataupun mungkar. Begitu juga di alam internet, internet jangan dijadikan medan untuk menabur fitnah dan tuduhan-tuduhan palsu. Maka tulis dan bacalah dengan pedoman iman. Jadikanlah diri kita anak kunci kebaikan.


Baca Juga:
  1. Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam.
  2. Kisah Yusuf AS Iktibar untuk Remaja.

Wednesday, April 29, 2009

Kedah Negeri Jelapang Padi

Kalau hang nak mandi kat ayaq hangat nih, hang kena serelum kaki dulu. Kui lama kui naik ataih, lagutu! Awatnya, tak leh ka nak pi terejun teruih. Hang gila kut! Dia kena perhangat sikit-sikit, baru badan kita tak terkejut!

Loghat Kedah memang begitu, gaya bahasanya kasar sedikit. Jika siapa-siapa pernah pergi ke kolam air panas di Ulu Legong, Baling Kedah, memang menarik. Jika nak mandi, pergi awal pagi sebab kolam tu memang panas.

Mahalnya Kedah ni, sebab orang Kedah masih mengekalkan budaya Melayu dari segi bahasa dan adat sopannya, jika anak-anak nak bercakap dengan ibu bapa mereka akan menggunakan perkataan "cheq" atau "kami". Kawasan sawah yang menghijau, pekan Rabu di Alor Setar yang sederhana, keindahan Pulau Langkawi, Terusan Wan Mat Saman dari Alor Setar sampai Kuala Muda, Gunung Jerai di Gurun, Pantai Merdeka di Kuala Muda. Aduh, terasa rindu pula..

Kalau sekolah pula antara yang terkenal ialah Kolej Sultan Abdul Hamid, Maktab Mahmud, Sekolah Agama Kedah, Sekolah Sultanah Asma, Sekolah Menengah Ibrahim, Jenan, Saina dan yang paling istimewa ialah Sekolah Sains Kedah yang sekarang ini dikenali dengan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, panggilannya Matgwar, sekolah sappa la ni..

Ramai pemimpin Melayu bertaraf dunia berasal dari Kedah seperti Tengku Abdul Rahman Putra dan Tun Mahathir. Agaknya sikap orang Kedah yang tegas dan berterus terang menjadi kepimpinannya berkesan. Sekarang pula, Menteri Besar ialah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Alhamdulillah baru setahun memerintah, terbukti beliau ada kredibiliti mentadbir negeri.

Pernah satu ketika saya beraya 'Aidil Adha di rumah kawan di Pokok Sena, rupanya amalan kunjung mengunjung seperti hari saya 'Aidilfitri, siap dapat duit raya lagi. Masakan yang terkenal pula ialah gulai. Dari segi ekonomi pula orang Kedah kebanyakannya petani buat bendang, jika negeri Kedah ni tak tanam padi, susah la rakyat Malaysia ni nak makan nasi. Cuma mereka yang tinggal berhampiran Sungai Petani, Kulim dan Butterworth bekerja kilang kebanyakannya. Dalam kata lain ramai yang hidup sederhana, kawan-kawan saya ramai juga yang kurang berkemampuan.

Satu hari guru kelas nak kutip yuran satu penggal, disebabkan sekolah saya bantuan penuh kerajaan, yuran itu tak la mahal sangat. Tiba-tiba seorang kawan ni beritahu pada saya, "Padi tak tuai lagi, mana pak aku nak ada duit!" Ayat itu memang tak boleh lupa sampai sekarang, keluarga saya pun susah juga tapi boleh la bayar yuran...

Maka apakah nikmat Tuhan yang telah kamu dustakan?


Baca Juga:
  1. FAQs on Darfur
  2. Ulama' adalah Cahaya yang Menyinari Kehidupan
  3. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
  4. Bahasa Banjar Berseni

Friday, April 24, 2009

Kisah Yusuf AS Iktibar untuk Remaja


Kisah Yusuf Waktu Kecil


"Ahsanul Qhasas" ialah kalimah yang menggambarkan begitu bagusnya Surah Yusuf, kerana dalam banyak-banyak surah dalam Al Quran, kisah Yusuf AS ialah kisah paling baik dari segi plot jalan ceritanya yang terperinci berbanding kisah-kisah lain. Surah Yusuf ialah surah ke-12 dalam Al Quran, diturunkan di Makkah. Diriwayatkan ada segolongan Yahudi yang memeluk Islam setelah mana mendengar Rasul SAW menceritakan perihal Yusuf AS dalam Al Quran, lantaran ianya sama dengan apa yang mereka ketahui.

Pada diri Yusuf AS terbina kukuh jati diri seorang belia remaja yang takutkan Allah SWT. Rupa parasnya yang indah bukanlah hanya mukjizat yang untuk sedap dipandang. Keindahan wajah itu mungkin biasan baik akhlaknya.

Bermula kisah apabila Yusuf AS bermimpi sebelas bintang dan matahari sujud kepadanya. Bagaimana? Allah SWT sahaja yang mengetahui. Lalu mimpi itu dita'bir oleh ayahandanya Ya'qub AS. Yakinlah ayahandanya bahawa putera kesayangannya itu bakal dilantik sebagai insan istimewa, sebagai pesuruh Allah SWT. Ya'qub AS berpesan pada Yusuf AS agar merahsiakan mimpinya itu, bimbang dicemburui oleh saudaranya. Namun sang khadam di rumah mereka mendengar perbualan ini, syaitan pula merencanakan perancangannya yang jahat, lalu tahulah saudaranya akan lebihnya Yusuf AS berbanding diri mereka.

Benar sabda Baginda SAW rasa hasad itu ibarat kayu pembakar amal kebajikan. Dek kerana Ya'qub AS lebih menyayangi Yusuf AS dan Bunyamin melebihi dari yang lain, timbullah rasa iri hati dalam diri saudaranya yang lain.

Saudaranya pun mencari helah, mengajak Yusuf AS bermain di hutan dengan berjanji untuk menjaga Yusuf AS. Pujuk rayu itu dirakam dengan istimewa dalam Al Quran, perhatikan tanda empat segi di atas kalimah "la ta' manuna"; kaedah bacanya dengan dimuncungkan mulut pada sebutan "nu", gambaran bibir yang mencebik untuk menipu Ya'qub AS. Berjayalah mereka membawa Yusuf AS ke hutan untuk bermain. Setelah itu dicampakkan Yusuf AS dalam perigi buta. Diberitahu pula kepada ayahanda Ya'kub AS bahawa Yusuf AS telah dimakan serigala, darah sang serigala sebagai bukti.

Alangkah sedih pilu rasa ayahanda Ya'kub ketika itu, kehilangan anak yang disayangi.

Allah SWT tetap merencanakan perancangannya dengan hikmah tersendiri, saudagar terjumpa Yusuf AS dilihatnya baik paras anak ini, elok kita dagangkan. Di pasar yusuf AS didagangkan. Kasihan Yusuf AS sedari kecil sudah hidup dalam "dagangan", tanpa kasih sayang.

Begitulah biasanya perjalanan kekasih Allah SWT, samalah juga baginda SAW yang dimatikan ayahandanya waktu dua bulan dalam kandungan, ibunya Aminah ketika baginda SAW berumur empat tahun, nendanya Abdul Muttalib dan isterinya Khadijah RA juga meninggal dunia ketika Nabi SAW amat memerlukannya. Pantas kenapakah mereka yang mengaku pejuang Islam hari ini mudah mengaku kalah? Tidakkah kita merasa kerdil berbanding kepayahan yang dilalui mereka yang berjuang di jalan Allah SWT sebelum kita?

InshaAllah akan disambung kisah Yusuf AS digoda Ibu angkatnya.

Kisah Yusuf AS Iktibar untuk Remaja

Diriwayatkan sewaktu pengadilan di padang mahsyar nanti Nabi Yusuf AS akan dipanggil. Lalu golongan belia yang lalai dengan dunianya dibicarakan. Adakah baik rupa parasmu, kekuatan akal dan fizikalmu itu setanding dengan Yusuf AS? Mengapa hambaku Yusuf AS lebih dapat mengatasi gelombang nafsu muda remajanya? Tidak ada daya hamba Allah itu untuk menjawab persoalan ditujukan kepadanya, moga kita tidak begitu.

Moga dapat saya sambung kisah ini untuk memberi peringatan kepada diri saya terutamanya. Sedikit perkongsian kisah Yusuf AS agar kita dapat memerhati semula surah Yusuf AS yang terkandung hikmah untuk para belia seperti saya.

Waktu mudalah ialah waktu untuk membentuk identiti diri. Waktu ini, persimpangan menuju syurga atau ke neraka sudah berada atas tanggungjawab sendiri. Waktu muda belia inilah segalanya indah, tubuh sihat dan akal masih tajam. Alangkah beruntungnya golongan belia yang mengisi waktu mudanya dengan menuntut 'ilmu, melatih diri dengan akhlak sopan agar terbiasa hingga ke hari tua.


Pelakuan maksiat ketika muda remaja selalunya menghantui hingga ke tuamu wahai remaja. Dosa-dosa itu menggelapkan hati daripda menerima nur dari Allah SWT. Keseronokan berpoya-poya hanyalah palsu belaka, sedikitpun tidak membantu di alam akhirat malah ia membawa beban yang cukup berat, takut tergelecek jatuh kita ke neraka, na'uzubillah..

Yakinlah, mujahadah nafsu mengekang buasnya ammarah, lawwamah dan syahwat itu lebih manis berbanding maksiat yang kamu lakukan. Manis di sini ialah nikmat yang tidak terbeli rasa bergangtung harap untuk mendapat redha Rabbul 'Izzati. Wahai orang muda, jangan kita sangka masa muda ini berkekalan. Gunakan ia sebaiknya sebagai bekal perjalanan yang masih panjang. Pun begitu belum pasti kita akan sampai waktu tua, mati itu ibarat jatuhnya buah kelapa, selalunya yang tua akan gugur kadangkala yang muda pun pun gugur jua.

Bukanlah mengingati mati itu berada atas tikar sejadah seperti apa yang selalu difahami. Islam itu adalah cara hidup, kita ada tanggungjawab menuntut ilmu, berkeluarga, menguruskan kekayaan, menghormati ibu bapa dan menjadi remaja beriman..

Ya Allah SWT, jadikanlah hiduku sebagaimana hidup para ulama' dan mujahidin, matikanlah aku sebagaimna matinya para syuhada' dan orang soleh. Amin ya rabbal 'alamin..


Baca Juga:
  1. Disiplin dalam Bertunang
  2. Care for Orphans.. The Forgotting Duty
  3. Detik-detik Masa

Wednesday, April 22, 2009

We Really Proud of you Ahmadinejad!


For Muslims leader to say no to America is such a great sacrificing for their country. Alhamdulillah the coward stand is not valid for Iran. The Iranian president was done very great job since he was elected in 2005. He showed to the world how charismatic he were and future to be. Now, the world is missing Saddam who had the common ideology with him in against American Leader. Importantly, the ideology was not so effective rather than the actions itself.

Couple days ago, at the UN conference this brave Iranian President delivered the nasty and factual speech. At one point he appealed for global unity in the fight against racism and then said the United States and Europe helped establish Israel after World War II at the expense of Palestinians.

"They resorted to military aggression to make an entire nation homeless under the pretext of Jewish suffering," he said. He was also said that the Holocaust is a myth.

We are with you Mr. President! And you had said the truth; protect Muslims kudos, we really proud of you! Jazakallah Kahiran Kathira..


Read also:
  1. Iran Leader Sparks Walkout at UN over Israel
  2. Golongan yang Membisu Terhadap Kemungkaran
  3. Iran vs. the US: Polarizing the Middle East

Wednesday, April 8, 2009

Andai Conan tidak membaca

Jika sesiapa yang meminati detektif Conan, mereka pasti tahu nama sebenar detektif itu bukan Conan, nama sebenar ialah Sinichi, kerana dia bijak, dia masih berhazar dengan kekasihnya Ran, orang bijak seperti Conan memikirkan mashlahah jangka panjang.

Dalam satu kisah yang tidak perlu diceritakan, Sinichi terpaksa menggunakan nama Conan. Conan di sini merujuk kepada Sir Arthur Conan Doyle adalah penulis novel penyiasatan seorang detektif terkenal iaitu Sherlock Holmes yang dibantu oleh Watson, mereka orang UK. Antara kisah yang paling menarik ialah Adventure of Dancing Men, kisah mesej-mesej pelik kepada bakal mangsa bunuh . Apapun kisah Detektif Conan karangan Gosho Aoyama memang menarik tidak seperti manga kebiasaan yang membuang masa.

Penaakulannya pada setiap kes memang tajam. Pengetahuan dalam bidang sejarah, sains, dan isu semasa sangat membantu menyelesaikan setiap kes. Segala apa yang berlaku ada saja fakta dalam kotak mindanya. Tentunya dia rajin membaca.

Bukan itu sahaja, sikap mulianya suka membantu dan berkorban sangat dipuji. Paling penting dia ikhlas dalam perjuangannya, dia tidak mahu nama dan jawatan, biarkan Detektif Mauri mendapat populariti atas komitmen Conan. Mungkin Conan mematuhi sistem tarbiahnya tersendiri, menjadikannya tidak pentingkan diri sendiri, berusaha mendalami banyak bidang ilmu sebelum turun ke medan bertarung dengan penjenayah yang bukan calang-calang.

Jangan Malas Membaca

Tanyalah kepada mana-mana pemimpin hebat mahupun ahli akhirat. Pasti mereka tidak malas membaca. Sabda baginda SAW mafhumnya sesiapa yang ingin kepada dunia atau akhirat atau kedua-duanya sekali hendaklah dengan 'ilmu.

Membaca adalah salah satu kaedah menuntut ilmu. Orang membaca tidak mudah ditipu, tindakannya bermanfaat. Orang membaca jarang membuang masa dan berperwatakan dinamik. Orang membaca lebih matang membuat keputusan, sekilas isu dimainkan, dia ada pendirian.

Kata orang bijak pandai, sehari kita tidak membaca akhbar, kita bodoh pada hari itu.

'Ilmu Allah SWT tidak hanya dalam kuliah dan darjah. Berguru dengan buku itu bukan menyesatkan, ianya menyesatkan bila kita belum ada asas terutamanya dalam hal agama dan hanya berpandu dengan buku. Membaca di sini bermaksud menambah pengetahuan, bukan hanya jaguh peperiksaan. Lautan 'ilmu Allah SWT tadi penuh kebaikan.

Petua Membaca


Pelbagaikan buku bacaan kita, jangan hanya fokus satu buku sahaja untuk dihabiskan. Dalam satu hari kita boleh baca beberapa buah buku, selepas subuh bacalah tafsir Al Quran, sedikit siang ambillah buku yang berat sedikit seperti buku tentang politik, ekonomi dan sejarah. Selepas maghrib bacalah buku hadis dan sirah, sebelum tidur bacalah buku tazkirah.

Perlulah bijak membanyakkan bahan bacaan, kenapa ramai yang tidak pernah bosan baca akhbar, sebab banyak bidang dalam satu akhbar. Jika buku Bunga Kebahagiaan, bolah jadikan bed time story saja.

Kemudian kita menulis. Apa yang kita dapat kita tuliskan semula dalam bentuk artikel ataupun cerita kemudian kita tambahkan ulasan dan pendapat peribadi. Orang membaca karangannya lebih baik, guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah selalu memberikan saya markah yang baik dalam karangan, bukan hanya saya Orang Banjar gaya bahasa saya lebih menarik, tapi dalam kelas saya murid lebih banyak merantau, membaca lebih sedikit dan tidak membaca manga picisan selain buku Detektif Conan. Agaknya.

Pengumuman

Pesta Buku Kuala Lumpur 2009
Tarikh: 17th - 26th April 2009
Isnin - Khamis: 10.00AM to 7.00PM
Jumaat - Ahad & Cuti Umum: 10.00AM to 9.00PM
Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC)
http://klbookfair.com/index.php/

Kita akan hilang kredibiliti bila malas membaca. Kita hanya mahir satu bidang sahaja, tidak seperti conan.

Baca Juga:
  1. Saya, Kisah Benar dan Motivasi Diri
  2. 'Ilmu Dikalangan Orang fasik
  3. Aku Malu Kerna Dipuji

Wednesday, April 1, 2009

Bahasa Banjar Berseni

Napang diulah? Itu bermaksud tengah buat apa sekarang ni, ayat tu dalam Bahasa Banjar. Saya ada buat sedikit kajian tentang Orang Banjar, dan saya juga cukup faham bahasa banjar walaupun tak dapat menuturkannya dengan baik. Di kampung, orang Jawa lebih dominan dan ramai, orang banjar tak ramai, keluarga saya salah satu daripadanya. Orang kampung lebih mengenali arwah datuk, Udin Banjar.

Orang banjar berasal dari Kalimantan di Kepulauan Borneo. Berhijrah ke sini sewaktu penjajahan Belanda. Pemerintah Belanda bersifat menekan berbanding British yang ketika itu menguasai Tanah Melayu sangat menggalakkan imigran masuk. Orang Banjar dahulunya kuat fahaman kesukuan, teguh pegangan agama dengan cara hidup sederhana, berani dan panas baran.

Ada benarnya juga, ramai ulama’ nusantara yang terkenal berasal dari keturunan Banjar seperti Tuan Hussin Kedah Al-Banjari, banyak sekolah agama pondok di sekitar Sabak Bernam dan Perak dibuka oleh orang Banjar, di Terengganu pun ada. Sekarang ni pun, ada figur agama yang terkenal di Malaysia ialah orang Banjar, kenal Mohamad Zulfadhli Mohamad Idris? Tapi bukan dia. Tentang berani dan panas baran tu, tiada komen pula..

Nenda saya beritahu, antara kebiasaan Orang Banjar ni, bila ada kenduri perkahwinan Orang Banjar akan menghadiahkan kain batik. Anak kecil didodoikan dalam buaian dalam keadaan duduk, memang betul, anak-anak kecil tidur dalam keadaan duduk. Tentang makanan panjang pula nak cerita, tapi lebih kurang Orang Melayu biasa.

Yang paling menarik adalah bahasanya

Sekali didengar nampak kasar sedikit berbanding bahasa Jawa, membahasakan diri sebagai aku. Tapi, jika siapa berpeluang mengkaji Bahasa Banjar memang penuh dengan nilai sastera, istilahnya tidaklah sebanyak orang Jawa, tapi gaya bahasanya memang tinggi dan sedap didengar.

Antara beberapa istilah Banjar:

Lawang = pintu, Imbah = Sesudah, Gulikan = Pulang, Guring = tidur, Hayam = Ayam, Satumat = Sekejap, Kastila’ = Betik, Banyu’ = Air, Ganal = Besar, Halui = Kecil, Bergawi = Bekerja, Ikam = Awak, Awak = Badan, Tulakan = Pergi, Berpandir = Bersembang

Berikut contoh percakapan orang Banjar:

Gawian manureh ini kada kaya urang babandang, Bagawi di kabunan gatah ni hawai banar kada raramian macam urang badarau. Bangun papagian, jar tulak maajar. Penselnya tu pang pisau turehan. Pisau turehan ni ada dua macam, sauting nang kaya hurup J, dipakai aci tarik, amun manureh baundur mangulilingi puhun gatah. Nang samacam lagi lurus saikit, pakainya aci suduk. Ada jua yang disambung awan kayu, amun turehan tinggi. Pakakas lain, timba awan tong hagan maisi gatah. Jangan kalumpanan mambawa sangu! Amun jauh, tulak babiskar, tong di ikat diancak balakang.

Ini adalah lebih kurang maksudnya:

Kerja menoreh ni, tak la seperti orang bersawah, kerja di kebun getah ni, sunyi sangat tak beramai-ramai seperti badarau. Pagi-pagi sudah kena bangun, macam orang mengajar sekolah. Pisau toreh itulah pensilnya. Pisau toreh ada dua jenis, satunya seperti huruf J, ditarik apabila hendak digunakan, jika menoreh berundur sekeliling pokok getah. Satu lagi lurus sedikit, pakainya macam menyuduk. Ada yang sambung dengan kayu, jika menoreh tempat tinggi. Alatan lain, baldi dengan tong besar untuk diisi getah. Jangan cuba nak bawa seorang! Jika jauh, naik basikal, tong tadi diikat di belakang.

Bahasa Jiwa Bangsa


Salah satu bukti kebesaran Allah SWT adalah menjadikan manusia daripada pelbagai jenis latar belakang dan gaya bahasa. Mana mungkin gaya bahasa itu mudah untuk dicipta, semua itu sengaja Allah SWT ciptakan lantaran mahu manusia belajar dan saling mengenali.

Bahasa terbaik adalah bahasa arab yang ditutur sendiri oleh baginda SAW.

Orang yang sayang Islam perlu belajar bahasa ‘Arab jika ada kelapangan. Begitu juga Bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Jepun dan banyak lagi, jika Nabi SAW ada sekarang ini pasti baginda mengarahkan kita belajar bahasa lain agar umat Islam tidak kebelakang. Belajar bahasa itu satu kelebihan, jika kita ingin jadi orang bijak bestari, perlu bijak memanipulasi.

Soalnya bukan tidak sayangkan bahasa kita. Bahasa Melayu kita hilang kekuatan dan kredibiliti bukan kerana pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sahaja.

Kerana umat Melayu itu sendiri!

Bila agama dijadikan adat, adat warisan tidak dipeduli. Remaja mahupun yang tua lebih selesa dengan hiburan luar batasan. Akhirnya bahasa seharian kita dicampur aduk, pakaian sopan hanya menjadi pakaian eksklusif, semakin lama semakin kurang yang ingin berbaju kurung dan baju melayu.

Paling ketara kemampuan kita dalam bidang kepimpinan, pendidikan dan ekonomi. Jika kita baik dalam bidang tersebut percayalah Bahasa Melayu akan diangkat tinggi sampai peringkat antarabangsa sekalipun. Bahasa Melayu cukup kaya dengan kosa-kata, gurindamnya menyentuh jiwa, bidalan membangkitkan semangat belia, pantun menyemai rasa perpaduan, sajak sebagai buah kata pemimpin, bahasanya yang memikat medium untuk meyampaikan ajaran Islam..

Mereka yang turun ke jalan tempoh hari. Sama ada mereka kritikal atau radikal kita tidak tahu. Isu bahasa bukan sama dengan menentang rasuah dan demokrasi tempang. Apapun penghargaan kepada mereka yang berani turun, membuka mata mereka yang sombong dan susah untuk diajak berbincang.

Saya bangga berbahasa Melayu.

Bahasa jiwa bangsa, ayuh remaja kembali kepada Islam, ayuha' kanakan..kata Orang Banjar

Baca Juga:
  1. Golongan Celaka Mahu Teruskan PPSMI
  2. Perwakilan UMNO, Sila Baca ni

Wednesday, March 25, 2009

The 6th Man

A picture tells thousand words, but here are three:














Hopefully, we have something to decide, to take actions and pray.

Baca Juga:
  1. Bakal Kepimpinan Negara
  2. Fikir untuk Memilih Pemimpin

Friday, March 20, 2009

Distributed Control System (DCS)

As time goes my, my weekly report progress continue delayed. Today my target is to complete four out of eight unsettle, but it always good to share what you learn. I am doing my internship in Foxboro (M), a local engineering company. The main business is in oil and gas, provide control system for a plant, including designing, fabrication and services.

Those who don't get the idea what is control system is unlucky. Personally, this job is quite interesting compare with other courses in Electrical and Electronic (EE) such power system, computer and electronics. This job keeps on changing every year, people need faster and more efficient in controlling thing.

and different plant, different challenge!

So far, so good of having internship in this company. We can get hands on experience, chasing around in staging area looking for the electrical hardware which fully imported from USA and handling with isolated software. The most valuable is accessing internet for free, hence I could blogging like now.

For EE Undergraduate
Imagine in a chemical plant, for example a tank that contain chemical. The chemical always flow in and out, has to remain at certain temperature and sometimes the pressure has to be raised up, anything happen should be recorded and alarmed, like chemical student study in process control. For EE, we need transmitters to read the level for those work.

However, the raw reading from the field is in analog, computer only could read digital. The matters on how the signal is converted and instructed need special hardware and software. In Foxboro, they invented such brilliant thing called Intelligent Automation (I/A Series), is an Open Industrial System (OIS) that integrates and automates manufacturing operations.

Practically, thousand instructions should be controlled with minimum mouse click. So, let the instruction in common node and at the same time as to be distributed for specific tasks accordingly.

This is idea about Distributed Control System (DCS)

Moreover, learning UNIX operating system, using SUN Microsystem Computer and learn how medium business is run are new great experiences, I wish I could share later.

Experience is Priceless
Now is the time to keep aside theories and books virtually. Students always bombarded with the theories just for exam. Exam is not wrong, the problem is how we treat the exam for our career purposes.

Working is very different from study, we not just handling with machine but with people. For sure, machine has the discipline which they always followed compared with human being.

Anyway, a very stupid thing is if we see the technology as their ultimate goal in live. Technology should remain as a tool. Everyday we woke up in the morning go to work, build faster car and sending man to the moon until we forgot our obligation as servant or our family, we forget working for the life in hereafter.

Technology is always a tool for a mankind to do good thing, this is my advice, to Madihah as well.

Monday, March 16, 2009

Madihah; Kejayaan, Mehnah, Usaha dan Akhlak

Sebenarnya kisah kejayaan seperti ini bukan jarang-jarang kita dengar, memang selalu berlaku. Nik Nur Madihah bukan seperti kebiasaan pelajar cemerlang SPM sebelum ini. Kebanyakannya pelajar cemerlang SPM sebelum ini datang daripada keluarga yang senang dan bijak pandai.

Kejayaan
Beliau berjaya menjadi pelajar tebaik SPM 2008 dengan memperoleh 19 1A dan 1 2A. Semasa di tingkatan 4 beliau mengambil 24 subjek, 12 daripadanya subjek agama untuk menduduki Sijil Menengah Ugama (SMU).

Mehnah
Lahir daripada keluarga nelayan pantai timur, pendapatan keluarga sekitar RM 500 hingga RM 700 sebulan. Belanja harian persekolahan tidak sampai RM 1 kerana tambang bas pun RM 4 sehari, keluarganya tidak mampu membelikan buku yang dihajatinya dan juga menyertai mana-mana kelas tuisyen. Rumah beliau dalam keadaan serba daif yang disewa RM 90 sebulan itupun tertunggak. Tiada tajaan biasiswa hanya batuan RM 200 sebulan melalui guru-guru.

Usaha
Hobinya membaca, waktu senggang tidak lepas daripada membaca. Walaupun ibu dan ayahnya tidak pernah menyuruhnya membaca hanya yang ada beliau disuruh berhenti membaca kerana sudah masuk waktu maghrib.

Sewaktu di tingkatan 5 beliau menambah subjek peperiksaan SPM, 8 daripada keseluruhan subjek tidak diajar di kelas, beliau hanya belajar di kelas tambahan hujung minggu dan subjek sastera dipelajari sendiri. Teknik belajar yang paling penting kata beliau adalah tumpuan dalam kelas kerana beliau tiada jadual belajar yang tetap.

Akhlak
Kerana kesempitan hidup, beliau terpaksa mengehadkan belanja harian. Sudah menjadi amalan kebiasaannya sejak umur 12 tahun lagi berpuasa pada hari isnin dan khamis. Perwatakannya sederhana, menghormati orang tua dan guru. Bertudung labuh.

Beliau bercita cita untuk menjadi ahli fizik kerana pada beliau tidak ramai orang melayu yang menceburi bidang ini.

Tahniah Madihah!
Bukan mudah memperolehi keputusan sebegitu baik. Terbukti beliau dapat mengusai subjek agama dan subjek sains dengan baik. Walaubagaimanapun, bukanlah pelik sangat jika seorang pelajar itu boleh dapat bilangan A1 walaupun lebih daripada beliau, tapi kisah Madihah ini ada banyak pengajaran yang jauh lebih bermakna daripada keputusan SPM.

Dalam diri manusia terdapat tiga elemen yang paling mustahak untuk dididik, iaitu elemen akal, ruh dan hati. Akal perlu diisi dengan ilmu yang bermanfaat sesuai pada setiap zaman, ruh dan hati pula perlu pengisian jiwa seperi qiamlail, berpuasa, berakhlak, menutup aurat dan pelajaran tentang ilmu Al-Quran dan akhirat paling perlu diutamakan.

Barulah seseorang manusia itu, manusia yang hidup!

Madihah sepatutnya bersyukur, jalur kehidupan yang Allah SWT tentukan pada beliau cukup bermakna, dengan kesusahan beliau menjadi kuat untuk berjaya.

Madihah seorang muslimah, kisahnya mungkin menjadi sejarah, penuh ibrah. Tiada maksud tersirat tentang muslimah ini, ehem..

Tahniah pada institusi aliran agama, tahniah Madihah!

Baca Juga:

  1. Mencari Permata Dicelah Pepasir
  2. A Forgotten People; Rohingya Muslims
  3. Tahniah Nik Madihah; Awasi Dunia Barumu

Thursday, March 12, 2009

Pakej Rangsangan 2009


Pada 13 Rabiul Awal 1430H bersamaan 10 Mac 2009 tempoh hari, Kerajaan Malaysia telah membentangkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah 60 bilion. Satu nilai yang cukup besar dengan harapan mengurangkan kesan ekonomi dunia.

Secara ringkas 4 teras yang dirancang kerajaan dijangkakan mampu beri kesan yang pantas dan efektif untuk kebanyakan sektor. Iaitu mengurangkan pengangguran, membantu golongan yang mudah terjejas, membantu sektor swasta dan membina keupayaan masa depan.

Sebagai rakyat Malaysia perkara pertama yang harus dilakukan ialah ambil tahu!

Sebelum mengetahui langkah perlu mengetahui sebab. Negara bakal mengalami kemelesetan kerana ekonomi kita yang bersifat terbuka, aktivti perdagangan dan sektor industri yang membekalkan barangan ke negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Oleh itu bila negara tersebut mengalami krisis kita turut merasai kesannya, bukan hanya Malaysia bahkan seluruh dunia.

Keadaan di Malaysia bertambah akibat kejatuhan harga komoditi, krisis makanan dan inflasi yang meningkat menambah beban rakyat kita. Rata-rata rakyat telah menerima kesannya sejak tahun 2008 lagi, bermula dengan harga barang yang meningkat.

Berbalik kepada pakej rangsangan yang dibentangkan, adakah ianya tepat mengenai sasaran faktor kejatuhan? Dari segi merawat dan motivasi, kerajaan sudah ambil tindakan wajar. Money is about confident! Bila kerajaan meyakinkan bantuan, kemudahan pinjaman bank dan subsidi barang keperluan maka rakyat akan lebih yakin berbelanja. Sepatutnya pelabur lebih yakin melabur.

Akan tetapi krisis ekonomi kali ini adalah kejatuhan satu era!

Itu pendapat kebanyakan ahli ekonomi. Sepatutnya kita optimis kali ini sepatutnya bermula era baru iaitu ekonomi berasakan Islam. Untuk masa akan datang Malaysia sepatutunya sudah mula mengurangkan keterbukaan dalam ekonomi jika mahu kejadian seumpama ini tidak berulang. Kekayaan bumi Malaysia sepatutnya kembali kepada rakyat, monopoli golongan atasan, ketirisan, rasuah, nepotisme, kroni dan tamak wajib dibuang jauh baik kepemipinan mahupun rakyat.

Malaysia negara yang Allah SWT kurniakan begitu banyak hasil bumi, tanahnya subur, cuacanya baik, kedudukannya stratergik dan hasil buminya banyak. Tidak logik jika masih ramai yang miskin.

Rakyat Malaysia perlu tahu secara terperinci tindakan kerajaan, jika mahasiswa perlu tahu di mana agensi yang memudahkan mereka mendapat pekerjaan dan khidmat latihan. Orang awam perlu tahu mereka sekarang ini mudah berurusan dengan bank, boleh buka perniagaan dengan bantuan yang tidak ketat. Pentadbir syarikat harus ambil peluang membaikpulih syarikat meraka yang mula merosot.

Pemimpin tidak boleh tersenyum gembira sewaktu membentangkan bajet, menayangkan kertas kerja di muka akhbar. Ini satu permulaan, hanya di peringkat perancangan belum pasti ianya berjaya malah dalam beberapa hari bajet dibentangkan bursa masih mengalami tekanan. Jangan menangguk di air keruh. Ini waktu bekerja keras kepada yang membangkang mahupun pengurus.

Apapun kita kembali kepada Islam, ekonomi Islam adalah bagaimana kita menguruskan bumi yang diciptakan Allah SWT. Akhlak yang mulia seperti jujur, amanah, pemurah dan berilmu itulah menjadi kunci utama kemajuan dan pembangunan.

Orang Melayu (1)

Saya berketurunan Melayu, ayah berketurunan Banjar kerana datuk dan nenda sebelah ayah memang orang Banjar. Bonda pula berketurunan Jawa, kerana datuk dan nenek sebelah bonda pula berketurunan Jawa. Saya bertuah kerana saya berpeluang mempelajari kedua-dua bahasa, Jawa dan Banjar begitu juga adat resam, masakan, gaya hidup dan kepintaran. Lebih beruntung saya berpeluang tinggal di Kedah selama lima tahun, kadang itu saya lebih ramah bila bercakap loghat utara ini, orang utara ada kelebihan dan kekuatan tersendiri. Apapun saya bersyukur kerana tinggal di bumi nusantara Melayu ini.

Beraku percanggahan antara ahli sejarah dan apa yang dinyatakan dalam perlembagaan tentang takrifan orang Melayu. Bagi sejarawan orang Melayu adalah mereka yang tinggal di nusantara yang indah ini. Termasuk kepualauan Indonesia, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Kepulauan Sulawesi. Pelembagaan pula menyatakan orang Melayu adalah mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam kita.

Tapi itu bukan tugas kita untuk mebahaskannya. Cukuplah kita menerima yang baik dari keduanya dan mentafsirkannya atas dasar perpaduan dan yang penting adalah atas dasar Islam.

Orang Melayu, akhlaknya sopan, beserdahana dan bijak. Yang lelaki berani, pandai bertani dan kuat bekerja, yang perempuan pula pemalu, manis bersopan santun, menghormati ibu bapa serta pandai masak. Terima kasih kepada Jamal Abdillah dan Mawi yang mempopularkan semula lagu “Gadis Melayu”, sekurang-kurangnya motivasi kepada muda-mudi yang hanyut dalam hiburan yang diluar batas akhlak Islam.

Dahulu masa kita kecil masih ada lagi, permainan gasing, guli, layang-layang, congkak, menangkap ikan dan batu seremban. Mula kelas pagi Isnin habis muka hitam sawang! Tapi sekarang semakin hilang anak muda suruh parut kelapa pun terkial-kial.

Apapun penulisan kali ini hanya permulaan untuk menulis tentang Orang Melayu, Mungkin selepas ini boleh dipanjangkan penulisan tentang orang Banjar, Jawa dan orang Utara.

Friday, March 6, 2009

Program Kembara Remaja

Assalamualaikum Wbt

Tajuk : Program Kembara Remaja DUN Sijangkang

Tarikh : 1-3 Mei 2009 Bersamaan 6-8 Jamadil Awal 1430H

Tema : Remaja Islam Pemangkin Modal Insan


Tempat : Sungai Congkak, Hulu Langat

Penyertaan : Terbuka kepada pelajar menengah rendah (Tingkatan 1,2 dan 3) yang tinggal di dalam DUN Sijangkang
, lelaki sahaja

Aktiviti : Aktiviti seperti Kuliah, Modul Santai, Jungle Tracking dan Fasilitator & Penceramah yang berpengalaman


Hubungi: En. Shihab (012-2940331) atau En. Zulfadhli Idris (019-3309836)